Tuesday, July 17, 2012

Salam, Hello.... jumpa kembali.

Dah lama tak jenguk blog nih, dh lupa dh mna nk tukar seting.. pening jugak. Tak tahu nk tulis apa, so sy upload je gamba-gambar percutian kami suami isteri baru2 nih. Cuti ke seberang jer...


Day 1 (di Bandung)..




Tangkuban Perahu, cuacanya sangat sejuk dn bau belerang. kalau nk datang sini kena datang pagi yer, kalau petang hari hujan.. juru jual bnyak dok jaja jual cendera hati, tak nk jgn layan yer.




Kami bersana Pak Saman, supir kami selama 4 hari kt Indon nih.. Pak Saman ni bagus, ckp je nk g mana dia boleh bawak. makan jgn risau.. dh termasuk harga dalam pakej ehhehehe.




Ni la kawahnya...nama dia Kawah Ratu, masih aktif lagi..sejarah dia..kejap ehh nk google dlu. Di Jawa Barat tepatnya di Kabupaten Bandung terdapat sebuah tempat rekreasi yang sangat indah yaitu Gunung Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu artinya adalah perahu yang terbalik. Diberi nama seperti karena bentuknya memang menyerupai perahu yang terbalik. Konon menurut cerita rakyat Parahyangan gunung itu memang merupakan perahu yang terbalik. Berikut ini ceritanya...(lain kali la..panjang benar).




WA tengah pk nk beli ke tak..last2 sy beli jam dinding.. ada tulis kt situ tarikh kami ke sana..(7.6 ari jd saya hehee).. ada kt dinding umah saya sekarang ni..






 Antara juru jual kt bawah tu... dia buat sendiri pasu ukir, tp saya tak beli... lalu jer hehehe






Tu Pak Saman, dia ikut je mna kami jalan...hehehe tengok2 barang kt sini..tak berkenan pulak.window shoping je la..




Gambar kami lagi, lalalalalalalaa. kt sini sekejap je sb jap lg nk jalan tempat lain pulak.




Ni la juru jual yg sy ckp tadi...makin lama makin ramai..dia follow je pengunjung yg datang..




Ok Pak Saman, jom balik... nk g sopim pulak dekat Toko Tiga, tempat kegemaran en suami..dia taks abar nk beli Levis tu.




Dalam perjalanan ke Toko Tiga..ada kereta kuda..sini mmg bnyak kereta kuda, tapi tak dan nk naik la..masa cepat sangat berjalan, lenkali datang mesti naik nih.




Itu anak sekolah, baru balik ke nk pegi sekolah tak tahu la.. snap dri mobil Pak Saman je, Pak Saman terror bawak keta sampai tertido kt belakang tu. (**sambung next page plak..)

Tuesday, August 9, 2011

Golongan yang ditolak puasanya

Mari kita tengok dan renungkan golongan mcm mna pula yang puasanya ditolak..(secara ringkas dan simple)

Ada 4 golongan manusia yang ditolak ibadah puasanya sepanjang bulan ramadhan iaitu:-

Golongan yang suka minum arak.
Golongan yang derhaka kepada ibu bapa.
Golongan yang memutuskan silaturrahim.
Golongan yang sudah melebih dari 3 hari tidak bertegur sapa(dengan org yang dikenali) diantara satu sama lain disebabkan perselisihan faham.

Nauzubillah.. Semoga kita dijauhkan dari termasuk dalam golongan ini. Amin

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut":

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Saya kembali semula....

Assalamualaikum..wbt.

Dh lama tak update blog ni. Salam Ramadhan buat semua rakan2 dn sahabat,puasa tahun ni mcm tahun2 lepas jugak, tetap berdua dgn suami..takde rezeki lagi nk bertiga.Tapi takpe la..redha dn sabar je.Mungkin ada hikmahnya kenapa Tuhan tak nk bagi kami ada Baby lagi.. Persiapan utk raya mcm mna yer..Hermmm tengok la dlu, ala kadar je kot.Janji seronok dpt berkumpul dengan dengan keluarga dn sanak saudara.

Sunday, February 20, 2011

DVD 5 BANGSAWAN BERSAUDARA

Ni la keja yg aku buat sekarang.. ming lepas dh burn 100, tp hari ni boss aku minta burn 100 keping lagi, dateline sampai besok jer..penat skit tp aku ok jer..bole buat la.boss datang bawa disc kosong, kotak dvd, sticker cd nk kena tampal, pastu pack cantik2 mcm yg dijual kt kedai tu..

Kisah ni di lakonkan oleh kanak2..mmg cute dn comel2 mereka ni.

Friday, February 18, 2011

4 Minute - Hot Issue



Song for 2day, ari ni lupa lak nk update haha..letih giler siapkan burn cd 100 keping, pastu packing masuk kotak plak..sekarang dh beress, leh rilex dah..yeahhhhh

Thursday, February 17, 2011

Petua Memikat Suami

Bagi para-para isteri yang ingin mendapatkan maklumat cara memikat suami sudah tentu ada cara yang tersendiri kerana anda sajalah yang tahu perangai suami anda.
Bagi isteri yang baru bernikah pula ingin terus kekal suaminya menyayangi dan menghormati akan kehadiran nya,
Pada bakal isteri pula akan mencari jalan supaya bakal suami sentiasa sayang sepanjang hayat.Umpama sahabat dan kasih sejati.
Untuk gadis dan wanita yang belum berkahwin,ianya boleh dijadikan pertambahan ilmu dan modal nasihat buat teman -teman nya yang sudah berkahwin.
Maka di bawah ini koleksi petua telah mengutip beberapa sumber di internet dan buku sebagai pertambahan ilmu dan panduan.
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)
4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.
9. Beri pujian terhadap penampilan suami – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya
10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
11.Minta bantuan suami hanya jika sesuai – sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
12.Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
13.Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
14.Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )
15.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.
16.Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
17.Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
18.Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
19.Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20.Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
21.Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
22.Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
23.Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
24.Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
25.Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
26.Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
27.Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.
28.Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
29.Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual. 

Jom kita pikat suami kita semula..tak rugi dunia akhirat pun

Petua Memujuk Awek Yang Merajuk

 Petua Memujuk Awek Yang Merajuk
Berikut adalah beberapa tips dan petua untuk lelaki memujuk awek atau teman wanita yang sedang merajuk. Merajuk adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. Kita sebagai lelaki perlu tahu teknik dan tektik yang sesuai ketika menghadapi situasi itu
Keberkesanan tips dan petua ini adalah tidak dapat disahkan oleh mana2 pakar sakit tuan atau sakit puan. Ianya bergantung kepada banyak faktor, antaranya tahap merajuk, tahap ketampanan anda dan juga munkin kandungan hormon dalam badan.
So, penggunaan tips dan petua ini tidak dijamin keberkesanannya.

1. Bila awek mula mengamuk baling-baling barang
- Cuba anda sambut apa yang dia baling. Inilah masanya anda nak tunjuk kepantasan dan kehebatan menjadi goal keeper. Tidak sia-sia selalu jadi keaper masa main futsal
2. Bile awek mula menjerit tak pasal-pasal menengking, membebel tanpa henti
- Anda menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. Inilah masanya untuk anda menunjukkan suara anda sehebat Faizal Tahir,Tomok atau pun Black (Mentor)
3. Bile awek anda tenung macam nak telan (garang arh konon!)
- Anda senyum jek pandang si dia! Inilah masenya anda tunjuk betapa comelnyer muka anda ketika senyum!
4. Bile awek anda ambil semua barang2 dia ala2 nak lari dari rumah.
- Tolonglah kemaskan barang² dia bersama-sama. Ambil semua barang² dia masukkan dalam plastik sampah kaler itam tuh. Inilah masanya untuk anda tunjuk betapa rajinya, ringan tulang dan mempunyai semangat bergotong royong serta suka bantu membantu.
5. Bile awek menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata
- Anda ketawalah berdekah² hingga terguling². Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sedang berusaha membuatkan si dia gembira ketika dia sedang berduka, sedih Dan terluka!

Selamat mencuba.

source : sweetpreciousheart

Wednesday, February 16, 2011

Dibelasah suami depan 2 anak

RAWAT...mangsa kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan stabil.
RAWAT...mangsa kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan stabil. 

KUALA LUMPUR: Seorang isteri beranak enam patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam.
Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Suami mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberi wang untuk membeli dadah.
Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empat hingga 17 tahun.

Abang mangsa yang datang ke rumah mangsa kira-kira jam 7 malam terkejut apabila mendapati adiknya tidak mampu berdiri dan hanya berbaring di atas lantai serta cedera di seluruh badan.

Berikutan itu, dia meminta izin suami mangsa yang berada di rumah untuk membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Abang mangsa, Zakaria Hussin, 60-an, berkata, pasangan suami isteri itu pernah bergaduh, tetapi kejadian hari ini (semalam) paling teruk.

“Dalam pergaduhan sebelum ini, adik saya enggan membuat laporan polis kerana terlalu sayangkan suaminya itu tambahan pula memikirkan nasib enam anak mereka sekiranya bercerai.
“Tetapi kali ini, laporan polis akan dibuat,” katanya.

Katanya, adiknya kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan berada dalam stabil.

Difahamkan, suami mangsa adik seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan model yang pernah merakamkan album dan berlakon beberapa drama serta menjadi model syampu jenama terkenal.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

p/: apa nk jd ngn dunia sekarang ni.. org ada isteri nk ada isteri juga.. aku geram la jantan keparat ni.harap2  dia cepat sedar dn dpt balasan setimpal..

Soulja Boy - Kiss Me Thru The Phone [lyrics on screen]



Song for 2day...

Maulidur Rasul

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan. 

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan. 

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu. 

Rasulullah s.a.w. telah dilahirkan di sini.
Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka. 

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah. 

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah

Tuesday, February 15, 2011

Gamba2 Sepanjang thn 2010




Kenangan di Cameron..




Fahrin datang shoot tok video GroomBig.




Kenangan di Kota Kinabalu, Sabah.. 02/10/2010

Jalan2 di KLCC dan Aquaria

Suami mmg suka pose.. dlm ni kalau nk amik gamba tak bole buka flash nanti binatang2 semua terkejut..tp aku curi2 guna flash juga hahhaa.




















Selipar FACEBOOK ni RM10 jer, sapa2 berkenan nk beli bole datang di Jusco Cheras Selatan...tp aku tak beli pun., dh muak tengok perkataan FACEBOOK






.






Wan Mohd Naqib, anak buahku yg datang dari kpg..sonok dia jalan2, shopping Ultraman..huh..budak2 biasala

Cuti Chinese New Year 2011


Sempena cuti CNY kami balik kpg.. sb K.Ngah sepupu suami nk kawin, excitednya nk tengok pengantin.saya mmg suka tengok hiasan pelamin dn busana pengantin.Apalagi...amik gamba bnyak2 la, buat kenangan.Selamat pengantin baru buat pengantin,semoga kekal bahagia ke akhir hayat.
Majlis akad nikah sebelah pagi 3hb/2, manakala majlis Belaroknya lepas Jumaat hari yang sama..
lokasi : Pengakalan Chepa, Kota Bharu
rumah lelaki : PCB

Mainan Baru





* 15.1 Megapixel APS-C CMOS sensor
* Full HD movie recording with HDMI connection for viewing and playback on an HDTV
* ISO 100-3200 (expandable to 12800)
* 3.4 frames per second continuous shooting
* Max. 170 large JPEG images in a single burst
* 3.0” ClearView LCD with Live View mode
* 9-point wide area AF with cross type centre point
* High speed DIGIC 4 performance and superb image quality
* EOS Integrated Cleaning System
* Full compatibility with Canon EF and EF-S lenses and EX-series Speedlites, including new Speedlite 270EX, TS-E 17mm f/4L and TS-E 24mm f/3.5L II


Beli tahun lepas huby bg sempena hari jadiku.. thanks dear..Amat puas ati ngn Canon ni, lepas ni target nk tukar lens pula..rm 900 juga la..Apa pun aku happy sngat2 n enjoy snap gamba