Tuesday, August 9, 2011

Golongan yang ditolak puasanya

Mari kita tengok dan renungkan golongan mcm mna pula yang puasanya ditolak..(secara ringkas dan simple)

Ada 4 golongan manusia yang ditolak ibadah puasanya sepanjang bulan ramadhan iaitu:-

Golongan yang suka minum arak.
Golongan yang derhaka kepada ibu bapa.
Golongan yang memutuskan silaturrahim.
Golongan yang sudah melebih dari 3 hari tidak bertegur sapa(dengan org yang dikenali) diantara satu sama lain disebabkan perselisihan faham.

Nauzubillah.. Semoga kita dijauhkan dari termasuk dalam golongan ini. Amin

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut":

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Saya kembali semula....

Assalamualaikum..wbt.

Dh lama tak update blog ni. Salam Ramadhan buat semua rakan2 dn sahabat,puasa tahun ni mcm tahun2 lepas jugak, tetap berdua dgn suami..takde rezeki lagi nk bertiga.Tapi takpe la..redha dn sabar je.Mungkin ada hikmahnya kenapa Tuhan tak nk bagi kami ada Baby lagi.. Persiapan utk raya mcm mna yer..Hermmm tengok la dlu, ala kadar je kot.Janji seronok dpt berkumpul dengan dengan keluarga dn sanak saudara.