Friday, October 22, 2010

TEROKAI ISLAM

Penciptaan Alam Daripada Asap

Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. Sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu. Antara proses itu ialah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Dalam surah al-Fussilat ayat 11 Allah berfirman yang bermaksud, “Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk [...]

Langit Atau Bumi Dicipta Terlebih Dahulu?

Ayat-ayat al-Quran ketika berbicara tentang isu ini memberikan maklumat yang secara zahirnya nampak seolah-olahnya bercanggah. Sebagai contoh, dalam ayat 27-30 surah an-Naziat, Allah mengatakan langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi. Allah berfirman, “Kamukah yang sulit penciptaannya ataukah langit? Allah telah membangunnya. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya, dan Dia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang. [...]

Sains Membawa Kepada Iman

Sains, apabila dikaitkan dengan wahyu, boleh menyebabkan perubahan yang mengagumkan. Antara perubahan itu ialah meninggalkan kekufuran menuju keimanan. Salah seorang tokoh yang mendapat hidayah kesan daripada pengkajian sains dikaitkan dengan al-Quran ialah profesor Tejatat Tejasen. Beliau ialah seorang pakar dalam bidang anatomi dan pernah menjadi dekan di Fakulti Perubatan di Universiti Chiang Mai, Thailand.

Pentafsiran Quran Menggunakan Sains

Pentafsiran al-Quran mempunyai metodologinya yang tertentu. Justeru, penggunaan ilmu-ilmu sains semasa untuk mentafsirkan al-Quran tidak boleh dilakukan secara semberono. Hal ini disebabkan pentafsiran berlandaskan pandangan akal semata-mata tanpa merujuk kepada tafsiran yang muktabar adalah dilarang.

Keharmonian Antara Quran Dan Sains

Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Walau bagaimanapun terdapat dalamnya ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.